By Jimadie Shah Othman | Apr 22, 08 11:14am
Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata terserah kepada Gerakan untuk mengambil tindakan terhadap bekas pemimpin kanannya Datuk Lee Kah Choon yang menerima jawatan utama Perbadanan Kemajuan Pulau Pinang (PDC) dan InvestPenang.
"Terpulang kepada parti itu membuat keputusan. Biar BN Pulau Pinang bertindak mengikut keputusan mereka.
"Bagi saya, ia OK selagi tidak bertentangan dengan dasar," katanya di sidang media ringkas selepas merasmikan menteri kebudayaan Asia Eropah di Kuala Lumpur hari ini.
"Mungkin (tindakan Lee) ini membuka jalan kerjasama (antara BN dengan Pakatan Rakyat)," tambahnya.
Beliau juga menjelaskan, projek jambatan kedua Pulau Pinang ditangguhkan pembinaannnya kerana berdepan masalah kelulusan tanah, serta penilaian semula reka bentuk dan kenaikan kos.
"Kita sedang mengenal pasti tanah yang sesuai untuk tujuan itu," kata Abdullah.
"Kedua, terdapat perkara berbangkit berkaitan reka bentuk. Kita ingin mencari reka bentuk yang sebaik-baiknya.
"Pembinaan ini perlu juga mengambil kita faktor kos. Kemungkinan berlakunya peningkatan kos dengan kenaikan harga barang (pembinaan)."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment