May 11, 08 9:00pm
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengesahkan bahawa seorang pemimpin veteran Umno telah menerima tawaran untuk berkhidmat dengan kerajaan negeri.
Beliau berkata pemimpin itu menerima tawaran tersebut setelah meletak jawatannya dalam Umno.
"Kami menawarkan beliau untuk menyertai kami dalam kerajaan negeri demi kepentingan rakyat negeri ini.
"Saya akan membuat pengumuman rasmi berkenaan perkara itu dan akan memberitahu nama pemimpin itu pada masa yang sesuai nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis pembukaan pusat khidmat DAP Perai hari ini.
Menurut laporan Bernama, Lim berkata surat pelantikan telah diserahkan kepada pemimpin itu.
Beliau berkata pemimpin itu akan menyertai kerajaan negeri dalam tempoh terdekat ini, tetapi enggan mengulas lanjut mengenai jawatan yang ditawarkan.
Ditanya sama ada akan terdapat perbezaan dalam pentadbiran kerajaan negeri selepas ini Lim berkata:"Ini hanya sebagai permulaan".
"Apa salahnya jika Umno bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan negeri, bukankah sekarang ini kita (kerajaan negeri) sedang mempromosikan CAT (competency, accountability dan transparency)," katanya.
Lim menegaskan bahawa kerajaan negeri ikhlas dalam menawarkan jawatan itu kepada pemimpin berkenaan dan ini harus dilihat dari sudut lebih luas, bukan setakat politik.
Sebelum ini, bekas timbalan setiausaha agung Gerakan, Datuk Lee Kah Choon, telah menyertai kerajaan neger apabila menerima tawaran dalam Perbangunan Pembangunan Pulau Pinang dan InvestPenang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
I hope it is not another case of the Sucker Pasir Mas MP.... because from Umno ......
Post a Comment